~hati mau ikhlas~ |
selepas berhari raya, Allah masih lagi izinkan diri nei meng'join'kan diri dalam usrah yang di'skip' seminggu sbb kita berHari Raya ^^, ehhee duit raye dapat berapa??.. ops.. jgn lupe ya teman-teman, bukan kuantiti duit raya yang kita kira tp benda yang lebih penting patut kita kira ialah adakah kita dipilih untuk masuk kedalam orang2 yang diampunkan Allah... ameen.. mudah-mudahan la yea ^0^..
kali nei nak share satu benda penting yang dibelajar drpd usrah smlm iaitu tentang ikhlas...
surah yang dipilih oleh cik NN semalam ialah dari surah an-nahl ayat 66-72.. ya surah lebah ^^, ehhee credit pada lebah sbb Allah catat satu surah khas untuk golongan lebah.. sbnrnya bnyk pengajaran yang dapat drpd cik lebah nei, tp dlm entri kali nei xnk cite pasal encik or cik lebah tp nk quote satu ayat dalam surah nei
teng3.. jum tadabbur sikit ayat 66 surah cik lebah nei
Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.
haaa nei lah ayatnya..
ce teka pe kaitan ayat nei ngan ikhlas... dapat tangkap tak??.....
nak highlight skit ayat nei..
......yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.
ayat nei cakap pasal susu... nyum2 bestnya bila sebut susu nei..
okie, back to da point.. klu kita tngok susu yang keluar daripada haiwan (or nk substitute perkataan haiwan kpd perkataan manusia pun bleh) asalnya adalah darah.. ehhe betulkan klu salah yea.. klu x caye cuba check.. dengan ayat mudahnya, Allah keluarkan susu drpd binatang, x pernah bercampur dgn darah or anything else... bayangkan dlm perut haiwan or segala kotoran, darah ada dalam tue...
betapa kasih dan penyayangnya Allah bagi kita or ank2 haiwan susu yang scientifically proved that susu adalah makanan terbaik buat bayi atau anak2 haiwan yang baru lahir...
so panjang2 ayat nei ditulis, apakah kaitannya susu tadi dengan ikhlas???
begini ya encik2 dan puan2.. Allah bagi dan kurniakan kepada kita satu benda yang ditapis, di'filter', di'bio aura'kan dahulu sebelum sampai kepada kita.. totally tidak bercampur... jadinya apakah pulangan yang sepatutnya kita pulangkan kepadaNya?? adakah amalan yang telah bercampur?? sedekah yang bercampur riya'??solat yang bercampur ingat kepada selainNYa?? puasa yang bercampur malas?? dan macam-macam lagi campuran yang kita pulangkan kepada Allah...
perkara utama yang ingin digariskan disini ialah bukannya 'Allah mengharapkan segala pulangan-pulangan' tersebut..tapi nak tekankan didini ikhlaslah dalam melakukan perintahNya.. bukannya amalan yang dilakukan tu bercampur aduk dengan benda2 lain.. ikhlaslah dalam mengzahirkan keikhlasan kepadaNYa..
faham ke sedikit perkongsian yang diperoleh dari "KELUARGA" semalam??
main point is:His love can't be multiple with anything else... manusia tidak akan dapat menghadirkan dua cinta dalam hatinya.. jika cinta kepada Allah tidak diisi maka cinta pada selain Allah akan mengisi.. sama juga dengan ikhlas ^^,
sungguh
ikhlas dari hati
kongsi-kongsi takkan basi =)
jazakillah ya ukhti atas perkongsian usrahnya^^
ReplyDelete